Thursday, February 23, 2012

Bila mimpi bukan sekadar mimpi


Hye readers, bloggers, internet surfers, silent readers,’copypaste’ers, stalkers, hackers and crackers. Macam mana hari ni.Sihat??Ayah korang sihat??Good .jaga dia elok2.

So,hari ni aku nak buat session bedtime stories (nak praktis jadi ibu mithali).

***********
                                                                                     
Cuba korang bayangkan yang dalam cabinet Malaysia ni wujud satu portfolio yang diberi nama Menteri Mimpi dan Pemikiran Bawah Sedar or dalam bahasa saintifiknya Minister of Dream and Unconscious Thought. Dibawah dia pulak ada Kementerian Mimpi dan Pemikiran Bawah Sedar.

Skop kerja kementerian ni adalah untuk mengumpulkan semua mimpi rakyat Malaysia daripada kanak2 sehingga orang yang tengah nazak.Daripada petani sehingga kepada mimpi Yang di-Pertuan Agong.Bayangkan di setiap daerah wujud Pegawai Pemungut Mimpi (ala2 Pegawai Pemungut Cukai) yang akan mengumpul,mencatat dan seterusnya menghantar mimpi korang tu ke Pejabat Pusat Kementerian mimpi ni tadi di Putrajaya.

Pegawai Pemungut Cukai ini dilengkapi dengan sensor khas yang diberi nama Dream Positioning System (DPS) yang akan memberitahu rumah individu yang bermimpi .Mereka juga mempunyai kenderaan khas yang tidak akan bergerak jika terdapat mimpi yang dipalsukan dalam muatan mereka.
Bayangkan pula di Putrajaya  wujud satu arkib mimpi dimana semua mimpi lama akan disimpan untuk rujukan di masa depan.Disitu jugak ada kawasan larangan dimana menyimpan kes2 mimpi berprofil tinggi yang hanya boleh diakses oleh Pegawai Pentafsir Mimpi Jusa A,Menteri Mimpi dan Perdana Menteri sahaja.
Terdapat juga kawasan eksklusif yang menyimpan mimpi2 individu ternama seperti Menteri,Jutawan Malaysia,Yang di-Pertuan Agong,Olahragawan dan Olahragawati negara dan ada juga mimpi sumbangan sukarelawan asing yang bekerja di Malaysia.



Bayangkan di Putrajaya ni pulak ada pegawai2 kerajaan yang akan mengasingkan mimpi tadi mengikut bidang tafsirannya.Contah kategori tafsiran yang ada- Keselamatan dalam negara,Hubungan diplomatic dengan negara luar,Komplot pembangkang,Keadaan ekonomi dan Hubungan sesama rakyat.Mimpi ini semua akan ditafsir oleh pakar pentafsir yang sekurang-kurangnya ada kelulusan akademik peringkat  Profesor Madya dalam Bidang Pentafsiran Mimpi.

Setelah tafsiran dibuat mimpi ini akan ditandai dengan tahap kebahayaannya terhadap kerajaan.
1-mimpi yang tak membawa apa2 makna.
2-Mimpi yang menunjukkan petanda baik kepada negara seperti kemenangan pasukan bola sepak dalam piala dunia.
3-mimpi yang menunjukkan cara untuk menjadikan negara lebih makmur.
4-Mimpi yang berpotensi menjadi kenyataan yang buruk  jika tidak dibendung.
5-Mimpi yang menunjukkan ada aktiviti tidak baik telah berlaku spt jenayah dan rasuah.
6-Mimpi yang membawa makna ancaman menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dan setelah diberi level kebahayaannya,pemilik2 mimpi di tahap ke2 dan ke3, akan dpanggil untuk disoal siasat,dan mereka akan diberi ganjaran elaun saraan seumur hidup.



Begitu juga dengan pemilik mimpi tahap ke5 dan ke6 turut dipanggil untuk disoal siasat.Jika ternyata apa ditafsirkan,pemilik mimpi ini akan dihukum penjara.Juga seumur hidup.Dan bagi pemilik mimpi yang berprofil tinggi mereka akan dihukum bunuh.

Akibat takut bermimpi yang bukan2,kebanyakan rakyat Malaysia enggan tidur dan ini menyebabkan Malaysia menduduki tangga teratas dalam Indeks Insomnia Dunia.

Lebih memburukkan keadaan ramai yang mula berhijrah ke negara asing bagi mengelakkan mimpi mereka dikesan.Bagi yang tidak mampu,mereka akan berpindah masuk kedalam hutan dan kawasan pendalaman kerana system talian internet yang menjadi nadi utama dalam mengaktifkan DPS hampir tiada dikawasan ini.

Kelahiran bayi baru tidak akan didaftarkan kerana takut penempatan mereka dikesan.Manakala laporan kematian palsu akan semakin meningkat bagi menghapuskan nama mereka dalam sistem DPS.

Jika pola ini berterusan,Malaysia dijangka akan mampu mencapai matlamat Negara Berpenduduk Sifar menjelang tahun 2020.Dan ini akan mengangkat nama Malaysia untuk diiktiraf oleh PBB sebagai Negara tanpa penduduk pertama didunia.

THE END

*********** 


Mesti korang tertanya-tanya apa motif aku buat cerita ni.Takde motiflar.Kan aku da cakap aku nak praktis jadi ibu,bacakan bedtime stories untuk anak aku.*(lol,anak aku kecik2 da dengar cerita politik)

K guys,teman nak tidur.Daa,see in the next post.
Nytez.Have a nice dream or else you will be in trouble :).

Wednesday, February 22, 2012

Result


Siapa tau hari ni hari apa?!!
Yeah,4 sure lar hari rabu. Selain tu??
Nop2,b’day aku bulan 8.
Hah, apa dia?!
Ya,tpat skali. Arini result kua.
Nervous tak nervous tak?
Rsult aku berapa?
Entah,aku tak check lg.Eh betullah..sumpah aku tak check lagi.
Bukan tak nak gitau korang  lar.
Ah,sukahati koranglar nak caye ke tak .
Lagipun intention post ni bukan nak announce result aku.
Aku Cuma nak wish good luck dekat rakan2 seangkatan aku.

So, good luck peeps. May you pass with flying colours.

Tuesday, February 21, 2012

NST versi audio


hye readers..
Mesti korang pelikkan apsal kerap sangat aku update blog ni.Kata duk tempat yang wifi lembap macam kura-kura.Jangan terkejut,ini adalah salah satu KPI yang blog aku kena capai dalam SBTP-ketiadan connection internet tak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengupdate :)

So, berbalik kepada post hari ni.Act, hari ni takde isu kritikal pun nak dipost.Aku Cuma nak cakap pasal ‘paper bercakap’.Yeah, NST keluarkan paper yang ada suara. Awesome tak awesome tak??

Walaupun pengenalan ni juz untuk advertisement je tapi obviously dia akan jadi fenomena tak lama lagi.

Korang  perasan tak something  dari pengenalan paper yang ‘cool’ ni?!!
Tak tak,bukan aku nak cakap media cetak kat Malaysia ni da semakin berteknologi.
Bukan bukan pasal paper BI lagi maju dari paper BM.

Aku nak cakap pasal maksud tersurat yang  memaksa wujudnya teknologi camni. Diorang bukan suka2 nak wat camni tapi sebab statistic orang beli paper da semakin menurun.

Bayangkan diorang bukan stakat kena fight dengan paper2 mainstream cam Berita harian,Harakah Daily.Diorang kena lawan jugak dengan majalah Mangga,UrTV .Dengan komik.Dengan paper on9.Tak dikira lagi persaingan dari berjuta blog kat internet.
So, ini jelar cara untuk memastikan survival surat khabar konvensional camni.

NST da kreatif abis da ni semata-mata nak paksa kita ni baca paper.Ini menunjukkan yang manusia da semakin malas.Sampaikan ketahap orang kena bacakan untuk kita.
Jangan nanti  sampai satu tahap budak sekolah rasa diorang tak perlu pandai membaca pun sebab semuanya teknologi akan buatkan.

So human, beware with the technology. It’s actually an upgraded version of  ‘cancer’.